Tiga kediaman terbakar, dua keluarga hilang tempat tinggal


KUALA TERENGGANU, 9 JAN 2026 - Seramai sembilan penghuni daripada dua keluarga hilang tempat tinggal apabila kediaman mereka hangus dalam kebakaran di Kampung Kubang Buyong, Chabang Tiga, kira-kira 7.50 malam tadi.


Salah seorang mangsa, Najihah Razed, 41, berkata semua ahli keluarga termasuk ibunya, 71, adik, serta dua anak berusia empat tahun dan bayi dua bulan berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian tersebut. Katanya, kebakaran itu dipercayai berpunca daripada letupan tong gas di rumah bapa saudaranya.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Thoyyibah Taib berkata, kebakaran membabitkan tiga buah rumah, dengan dua musnah 80 peratus dan sebuah lagi hanya 5 peratus.


Seramai 20 anggota bersama tiga jentera dikejarkan ke lokasi dan api berjaya dikawal pada 8.13 malam.


Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan siasatan punca sebenar kebakaran masih dijalankan.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan