Kanak-kanak berusia 4 tahun dikhuatiri lemⱥs di Batu Rakit


KUALA NERUS, 9 JAN 2026 - Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dikhuatiri lemⱥs di Pantai Batu Rakit, di sini, hari ini.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerus, Azmi Omar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.43 petang sebelum menggerakkan 11 anggota ke lokasi kejadian.


Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku kira-kira 6.30 petang ketika mangsa bermain di tepi pantai bersama ibu saudaranya sebelum dihanyutkan ombak ketika membasuh kaki di gigi air dan hilang.


Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan dan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.


Dalam pada itu, ADUN Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail turut meninjau operasi mencari dan menyelamat di Pantai Sauh, Batu Rakit selepas menerima perkhabaran kejadian itu dan memaklumkan akan mengadakan solat hajat bagi mempermudahkan operasi.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan