EXCO lapor polis hantaran fitnah mengaitkan Istana


KUALA TERENGGANU, 24 April: Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Dato’ Hanafiah Mat, membuat laporan polis berhubung satu hantaran tular yang mengaitkan dirinya dengan cadangan penubuhan tadika PASTI dalam Istana Terengganu.


Beliau menegaskan dakwaan tersebut tidak benar, mengelirukan dan bersifat fitnah serta boleh mencemarkan nama baik dan reputasinya sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.


Menurutnya, hantaran itu turut mengaitkan institusi Istana dan berpotensi menimbulkan salah faham masyarakat selain mencetuskan persepsi negatif.


Terdahulu, satu hantaran di media sosial mendakwa beliau mencadangkan penubuhan tadika PASTI di Istana Terengganu.


Sehubungan itu, beliau memandang serius penyebaran maklumat tersebut dan mengambil tindakan membuat laporan polis.


Kes diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut termasuk mengenal pasti pihak yang terlibat dalam penyebaran hantaran berkenaan.


Sumber: TRDI News

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan