KUALA TERENGGANU, 24 April 2026: Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) mengarahkan semua sekolah di negeri ini menangguhkan sebarang aktiviti luar susulan cuaca panas dan kering ketika ini.
Pengarahnya, Kamsah@Kamal Mohamed, memaklumkan arahan berkuat kuasa sejak 20 April itu melibatkan pembatalan semua program luar termasuk sukan, kokurikulum, unit beruniform serta aktiviti air, manakala aktiviti dalam bangunan masih dibenarkan.
Perhimpunan pula hanya dibenarkan pada waktu pagi, sementara program pada sebelah petang perlu ditangguhkan sebagai langkah tanpa kompromi demi menjaga keselamatan pelajar.
Dalam masa sama, JPNT turut memantau situasi kebakaran dan jerebu khususnya di Kuala Nerus yang masih terkawal, selain mengedarkan bahan pencegahan kepada semua sekolah.
Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) setakat ini belum diperlukan.
Tags
DALAM NEGERI
