Bintang Breaking Bad, Giancarlo Esposito dilaporkan memeluk Islam di Arab Saudi


ANKARA: Pelakon Hollywood, Giancarlo Esposito, yang terkenal menerusi watak Gus Fring dalam siri Breaking Bad, dilaporkan memeluk Islam ketika berada di Arab Saudi bagi menjalani penggambaran sebuah produksi.

Menurut laporan media tempatan, Esposito melafazkan dua kalimah syahadah sebelum menunaikan solat berjemaah bersama kru produksi di sebuah masjid.

Pengerusi Pihak Berkuasa Hiburan Arab Saudi, Turki Al-Sheikh berkata, keputusan pelakon itu dibuat selepas beliau melalui pengalaman positif sepanjang berada di negara berkenaan serta bergaul dengan masyarakat Islam ketika menjalani penggambaran.

Esposito turut melahirkan penghargaan terhadap layanan mesra dan keramahan yang diterimanya sepanjang berada di Arab Saudi.

Rakaman video yang memaparkan beliau menunaikan solat bersama kru produksi di sebuah masjid turut tular di media sosial dan menerima pelbagai reaksi daripada warganet.

Pelakon berusia 68 tahun itu telah membina kerjaya lebih empat dekad dalam industri hiburan dan turut dikenali menerusi lakonannya dalam siri Better Call Saul, The Mandalorian serta beberapa filem dan drama televisyen lain.

Ketika ini, beliau sedang menjalani penggambaran filem Seven Dogs, antara projek berskala besar yang dibangunkan Arab Saudi dalam usaha mengembangkan industri hiburan dan menarik lebih banyak produksi antarabangsa.

TV: Tasyabar nak try Los Pollos Hermanos

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan