Majikan didenda RM10k gajikan pendatang asing tanpa izin


KUALA TERENGGANU: Tindakan seorang pengusaha kedai makan menggaji pendatang asing tanpa izin (PATI) memakan diri apabila didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.


Tertuduh yang berusia 33 tahun mengaku bersalah di hadapan Hakim Nazlyza Mohamad Nazri atas pertuduhan menggaji seorang lelaki warga Thailand berusia 51 tahun tanpa permit kerja sah.


Kesalahan itu dikesan dalam operasi Jabatan Imigresen di sebuah premis makanan di Kampung Seberang Takir, Kuala Nerus pada 25 Februari lalu.


Dalam perkembangan sama, dua syarikat pembinaan turut didenda RM35,000 selepas mengaku bersalah membenarkan PATI menetap di premis projek masing-masing.


Masing-masing syarikat didenda RM20,000 dan RM15,000 kerana membenarkan pendatang asing berada di tapak pembinaan tanpa dokumen sah.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan