BACHOK: Seorang pembantu kantin didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah memiliki kira-kira 100 video lucⱥh dalam telefon bimbit miliknya, awal April lalu.
Tertuduh berusia 32 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Fakhrul Razzi Abd Hamid.
Mengikut pertuduhan, wanita itu didapati memiliki telefon bimbit jenis Realme 9 yang mengandungi rakaman video lucⱥh di sebuah rumah pada jam 8 malam.
Kes didakwa di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara enam bulan jika denda gagal dijelaskan, namun tertuduh telah menjelaskan denda tersebut.
Tags
PANTAI TIMUR
