Polis buru pelaku kelucⱥhan melampau di UiTM Dungun


DUNGUN, 26 April 2026: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun sedang menyiasat satu kejadian kelucⱥhan melampau yang dilaporkan berlaku berhampiran pintu masuk Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun pada Sabtu.


Pemangku Ketua Polis Daerah Dungun, Deputi Superintenden Jumaidy Bah Chong Weh, berkata kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu melibatkan seorang lelaki tidak dikenali yang menaiki motosikal dan bertindak tidak senonoh terhadap mⱥngsa.


Suspek kemudian melarikan diri sejurus selepas melakukan perbuatan tersebut.


Menurutnya, pihak polis turut mengesan satu video tular dipercayai berkaitan kejadian sama dan kini giat mengesan saksi serta individu terlibat bagi membantu siasatan.


Kes disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan.


Polis memandang serius kejadian itu dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Dungun atau balai polis berhampiran.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan