DUNGUN, 25 Mei 2026: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi dua beradik lemⱥs di Sungai Beril, Paka berakhir pagi tadi selepas adik kepada mⱥngsa pertama berjaya ditemukan.
Mⱥngsa, Mohamad Aidil Amsyar Mohd Zulzunaidi, 14, ditemui kira-kira jam 9.55 pagi oleh anggota polis yang sedang melakukan rondaan berhampiran kawasan Kedai Kisi (Pink).
Penemuan itu sekali gus menamatkan operasi SAR yang dijalankan sejak semalam melibatkan pelbagai agensi termasuk bomba, polis, Jabatan Amal Paka dan penduduk kampung.
Terdahulu, abang mⱥngsa iaitu Mohamad Amir Ashraf, 15, ditemukan lemⱥs petang semalam selepas kedua-dua mereka dipercayai dibawa arus ketika mandi bersama dua lagi rakan di sungai berkenaan.
Suasana pilu menyelubungi lokasi kejadian apabila ahli keluarga kedua-dua beradik itu hadir menunggu operasi pencarian sejak semalam.
Orang ramai turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mⱥngsa dan berharap mereka diberi kekuatan menghadapi ujian berat tersebut.
Tags
DALAM NEGERI
