Seorang mⱥngsa lemⱥs di Sungai Beril sudah ditemui, adik masih hilang


DUNGUN, 24 Mei 2026: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa lemⱥs di Sungai Beril, Paka hari ini berhasil menemukan seorang daripada dua beradik yang lemⱥs petang tadi.

Mⱥngsⱥ, Muhammad Amir Ashraf Mohd Zul-Zunaidi, 15, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Durian Guling ditemui anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) kira-kira jam 3.47 petang di dasar sungai berkenaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Dungun, Deputi Superintenden Jumaidy Bah Chong Weh berkata, mayⱥt mangsⱥ ditemukan pada kedalaman 5.1 meter dan kira-kira tujuh meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Menurut beliau, operasi SAR kini diteruskan bagi mengesan adik mangsⱥ, Muhammad Aidil Amsyar, 14, yang masih belum ditemui.

“Mayⱥt Muhammad Amir Ashraf telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut,” katanya.

Terdahulu, kedua-dua beradik itu dipercayai dibawa arus deras ketika mandi bersama dua rakan di sungai berkenaan kira-kira jam 11.19 pagi.

Suasana di lokasi kejadian turut menyayat hati apabila dua rakan mangsⱥ dilihat tidak dapat menahan sebak ketika anggota penyelamat membawa naik mayⱥt remaja terbabit dari sungai.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan