Ketengah turunkan sewa premis perniagaan 20 peratus mulai Jun depan


DUNGUN, 22 Mei 2026: Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) mengumumkan pengurangan kadar sewa premis perniagaan miliknya sebanyak 20 peratus bermula Jun 2026 bagi membantu peniaga menghadapi cabaran ekonomi semasa.


Pengerusinya, Dato' Rozi Mamat berkata, inisiatif itu melibatkan 552 penyewa premis termasuk gerai, medan selera, rumah kedai serta kilang industri kecil dan sederhana di seluruh wilayah Ketengah.


Menurut beliau, premis yang terlibat terletak di Bandar Al Muktafi Billah Shah, Ketengah Jaya, Bukit Besi, Seri Bandi, Ceneh Baharu dan Tasik Kenyir.


Katanya, pengurangan sewaan bulanan itu melibatkan nilai antara RM20 hingga RM1,200 bergantung kepada lokasi dan saiz premis.


Rozi berkata, langkah tersebut diharap dapat meringankan beban peniaga selain membantu mereka terus bertahan dalam keadaan ekonomi yang mencabar serta kenaikan harga bahan api global.


Beliau turut menjelaskan inisiatif itu selaras dengan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan golongan peniaga kecil dan sederhana.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan