IPOH, 22 Mei 2026: Seorang peniaga nasi bajet kerugian kira-kira RM2,000 selepas peti wang dan telefon bimbit miliknya dilarikan dua lelaki dalam kejadian di gerai makan di Lebuh Meru Raya, tengah hari semalam.
Kejadian sekitar jam 12 tengah hari itu turut tular di media sosial selepas rakaman siaran langsung memaparkan detik kejadian dikongsi orang ramai.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, mⱥngsa berusia 21 tahun sedang membungkus makanan sebelum didatangi dua lelaki menaiki motosikal Yamaha Y15ZR kononnya mahu membeli makanan.
Menurutnya, ketika peniaga itu leka melayan pelanggan, suspek dipercayai mengambil kesempatan melarikan peti wang yang mengandungi wang tunai serta telefon bimbit milik mⱥngsa.
“Suspek kemudian melarikan diri menaiki motosikal ke arah Bulatan Meru Raya,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencʉri dan pihak polis kini sedang giat mengesan kedua-dua suspek.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi IPD Ipoh di talian 05-2451500 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
