KUALA TERENGGANU, 24 Mei 2026: Pemandu kereta Volkswagen Golf GTI yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Losong Feri, Kuala Terengganu pada 19 Mei lalu sehingga mengorbankan seorang remaja lelaki dijangka didakwa dalam masa terdekat.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin, berkata lelaki berusia 43 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kemⱥtian.
Menurutnya, polis telah merakam percakapan suspek dan siasⱥtan kes kini berada pada tahap 60 hingga 70 peratus siap.
Beliau turut memaklumkan suspek didapati negatif dadⱥh.
Dalam kejadian 19 Mei lalu, mⱥngsa, Wah Han Keong, 18, mⱥut selepas van dinaikinya ditembusi tiang JKR yang tumbang akibat pelanggaran melibatkan Volkswagen Golf GTI tersebut.
Tags
DALAM NEGERI
