KUALA TERENGGANU, 24 Mei 2026: Isu melibatkan dakwaan salah laku seksuⱥl seorang guru di sebuah sekolah di Setiu yang tular di media sosial kini dalam siasⱥtan Unit Integriti Kementerian Pendidikan (KPM).
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) memaklumkan guru berkenaan telah ditempatkan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sementara siasⱥtan dijalankan.
Menurut JPNT, pihaknya tidak berkompromi terhadap sebarang salah laku seksuⱥl melibatkan institusi pendidikan dan tindakan sewajarnya akan diambil jika terbukti bersalah.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan turut diminta menyalurkannya kepada pihak jabatan bagi membantu siasⱥtan.
Tags
DALAM NEGERI
