Pendakwah viral Ustaz Mad Kecik kini bergelar suami


MARANG, 22 Mei 2026: Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Muhammad Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Mad Kecik selamat melangsungkan pernikahan dengan pilihan hatinya, Nor Suhada Mohd Azam dalam satu majlis sederhana di Bukit Payung, pagi Jumaat.


Majlis akad nikah yang berlangsung sekitar jam 10 pagi itu diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan dan hanya dihadiri ahli keluarga serta kenalan rapat kedua-dua belah pihak.


Menurut keluarga, Nor Suhada merupakan pelajar Madrasah Darul Ansor, Wakaf Tapai dan perkenalan pasangan itu juga diatur oleh guru-guru serta keluarga masing-masing sebelum membawa kepada ikatan perkahwinan.


Majlis menyambut menantu sebelah lelaki dijadual berlangsung pada 28 Mei depan di Madrasah Darul Zahraa, Kampung Dura, Hulu Terengganu.


“Pihak keluarga amat berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kesejahteraan Ustaz Mad dan pasangan serta menyokong usaha dakwah beliau selama ini,” katanya.


Semoga rumah tangga yang dibina pasangan itu terus dipenuhi sakinah, mawaddah dan rahmah.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan