KUALA LUMPUR, 5 Jun 2026: Seorang penjaga rumah kebajikan dijatuhi hukuman penjara 36 tahun dan enam sebⱥtan oleh Mahkamah Sesyen Ampang selepas mengaku bersalah atas sembilan pertuduhan amⱥng sɇksual fizikal dan bukan fizikal terhadap lima kanak-kanⱥk lelaki.
Hakim Ho Kwong Chin menjatuhkan hukuman itu ke atas tertuduh, Retna Velu, 25, selepas pengakuan bersalahnya dibacakan semula dalam bahasa Tamil. Mahkamah turut memerintahkan hukuman berkuat kuasa bermula dari tarikh tangkap pada 3 April lalu.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap lima kanak-kanⱥk berusia antara lapan hingga 13 tahun di sebuah pusat jagaan kanak-kanⱥk di Batu Caves antara November 2025 hingga Mac 2026.
Menurut fakta kes, perbuatan itu terbongkar selepas beberapa penghuni pusat jagaan berkenaan tampil membuat aduan kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebelum laporan dibuat kepada pihak berkuasa.
Siasatan mendapati kejadian berlaku di beberapa lokasi dalam pusat jagaan itu termasuk bilik, tandas dan dapur. Mⱥngsa juga didakwa diugut supaya merahsiakan kejadian kerana bimbang dimarahi atau dipukul.
Sebelum ini, pada 21 Mei lalu, Retna turut dijatuhi hukuman penjara 11 tahun dan lima sebⱥtan oleh mahkamah berasingan atas kesalahan serupa membabitkan dua lagi kanak-kanⱥk lelaki.
Tags
NASIONAL
