Trending

Pelajar jatuh bangunan sekolah tiada unsur jenayah - Polis


SEREMBAN, 22 Jun 2026: Polis mengesahkan tiada unsur jenayah dikesan dalam kejadian seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat yang meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari blok sebuah sekolah di Sendayan, Jumaat lalu.

‎‎Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, hasil bedah siasat mendapati punca kemⱄtian remaja berusia 16 tahun itu adalah kecederaan pada kepala akibat terjatuh dari tempat tinggi.

‎‎Menurutnya, siasatan setakat ini tidak menjurus kepada unsur buli atau sebarang perlakuan jenayah.

‎‎Bagaimanapun, kes masih diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara siasatan lanjut diteruskan.

‎‎Beliau berkata, antara 10 hingga 15 individu termasuk ibu bapa, guru dan rakan sekolah pelajar terbabit telah dipanggil bagi membantu siasatan.

‎‎Polis turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih serta menghormati privasi keluarga pelajar berkenaan.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan