TAPAH: Seorang pendaki wanita yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu ditemukan selamat hari ini.
Mⱥngsa, Jaslinda Saludin, 49, ditemui di Kampung Lubuk Gaharu berhampiran Pos Musoh sebelum penemuan itu dimaklumkan komuniti Orang Asli kepada pihak berkuasa.
Ketua Polis Perak, Datuk Alwi Zainal Abidin, mengesahkan penemuan tersebut dan memaklumkan kenyataan media rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Terdahulu, gambar dipercayai memaparkan Jaslinda berada di sebuah rumah komuniti di kawasan berkenaan turut tular di media sosial.
Tags
NASIONAL
