KLUANG, 1 Jun 2026: Satu rakaman papan pemuka (dashcam) tular di media sosial dipercayai memaparkan dua kereta dipandu laju dan berbahaya sebelum kemalangan membabitkan lima kenderaan yang meragut empat nyawa di Jalan Renggam-Simpang Renggam berhampiran Penjara Simpang Renggam hari ini.
Video berdurasi kira-kira seminit itu menunjukkan dua kenderaan berkenaan memecut laju, termasuk sebuah daripadanya dipercayai memotong di garisan berkembar.
Tidak lama selepas itu, sebuah kenderaan dilihat berhenti di tepi jalan manakala sebuah lagi terbabas selepas kemalangan berlaku.
Susulan penularan rakaman tersebut, ramai warganet mengecam tindakan pemandu terbabit dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas sekiranya terbukti melakukan kesalahan.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang tadi, empat individu yang menaiki Toyota Vios mⱥut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan.
Mⱥngsa yang terkorban ialah Aiman Mohd Rashid, 36; Nor Azlina Abd Latip, 33; Semek Mat Soh, 73; dan Nur Airish Syifa Sidek, 10.
Selain Toyota Vios, kemalangan turut melibatkan sebuah Perodua Alza, Proton Wira, Mercedes-Benz dan BMW.
Punca sebenar kejadian masih dalam siasⱥtan pihak berkuasa.
Tags
NASIONAL
