KUALA LUMPUR, 1 Jun 2026: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, menyifatkan penganugerahan Darjah Bakti oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, sebagai suntikan semangat menjelang penampilan terakhirnya di Sukan Komanwel dan Sukan Asia tahun ini.
Azizulhasni, 38, yang dikenali sebagai The Pocket Rocketman, merupakan satu-satunya penerima Darjah Bakti pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2026 di Istana Negara.
Menurutnya, pengiktirafan tersebut menjadi antara detik paling bermakna sepanjang kariernya sebagai atlet negara serta motivasi untuk terus memberikan yang terbaik buat Malaysia.
Dengan penganugerahan itu, Azizulhasni menjadi atlet Malaysia ketiga menerima Darjah Bakti selepas legenda badminton Datuk Seri Lee Chong Wei dan legenda skuasy Datuk Nicol Ann David.
Tags
NASIONAL
