Kemalangan mⱥut babitkan MPV dan pacuan empat roda TNB di Bukit Bauk, Dungun

May be an image of car and text 

DUNGUN, 25 Oktober 2026: Satu kemalangan mⱥut melibatkan sebuah pacuan empat roda milik TNB dan sebuah MPV jenis Grand Livina dilaporkan berlaku di Jalan Bukit Bauk, Dungun kira-kira jam 5 petang tadi.

Menerusi rakaman dashcam yang tular di media sosial, kejadian berlaku ketika cuaca hujan. 

Mpv yang dipercayai dari arah Paka dilihat terbabas ketika melalui selekoh dan memasuki laluan bertentangan, lalu merempuh pacuan empat roda terbabit dari arah hadapan.

Status dan jumlah sebenar mⱥngsa masih dalam pengesahan dari pihak berkuasa. 

Maklumat lanjut menyusul.


DIKEMASKINI:

Tiga sekeluarga mⱥut dalam kemalangan di Dungun

DUNGUN, 25 Oktober 2026: Tiga sekeluarga mⱥut dalam kemalangan membabitkan sebuah Nissan Grand Livina dan pacuan empat roda milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kilometer 90 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Loji Air Bukit Bauk, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Nik Ab Halim Nik Mat berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 5.15 petang.

Dua mⱥngsa yang menaiki MPV berkenaan, Mohamad Zulkefli Ishak, 32, dan isterinya, Norshila Zali, 36, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.

Seorang lagi mⱥngsa, adik kepada Mohamad Zulkefli iaitu Muhammad Alif Syukri Ishak, 18, pula disahkan meninggal dunia kira-kira 7 malam ketika menerima rawatan di Hospital Dungun.

Menurut Nik Ab Halim, MPV yang dinaiki tiga sekeluarga itu dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Terengganu sebelum bertembung dengan pacuan empat roda yang datang dari arah bertentangan.

Dua lelaki yang menaiki pacuan empat roda, Mohamad Syafiq Nasrullah Said, 39, dan Muhammad Fadhlan Abd Manan, 32, mengalami kecɇderaan ringan.

Kesemua jasad manga dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan