Khⱥlwⱥt: Mula-mula dakwa 'abang saudara', rupanya kekasih yang baru empat bulan dikenali

May be an image of text 

PONTIAN, 29 Oktober 2026: Dakwaan seorang remaja perempuan bahawa lelaki yang ditemuinya dalam bilik hotel ialah abang saudaranya terbøngkar apabila dia gagal mengemukakan bukti hubungan kekeluargaan sebelum mengakui mereka sebenarnya pasangan kekasih.

Remaja berusia 18 tahun itu ditahan bersama lelaki berusia 19 tahun oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam pemeriksaan di sebuah hotel di daerah ini, kira-kira jam 1.50 pagi tadi.

JAINJ dalam kenyataan memaklumkan, pintu bilik diketuk selepas pihaknya mengesyaki terdapat pasangan kekasih di dalamnya. Pintu kemudian dibuka oleh lelaki terbabit selepas kira-kira tiga minit.

Ketika ditanya mengenai hubungan mereka, remaja perempuan itu mendakwa lelaki berkenaan ialah abang saudaranya. Bagaimanapun, apabila ditanya lebih lanjut mengenai nama ahli keluarga lelaki itu, dia gagal memberikan penjelasan yang meyakinkan sebelum mengubah kenyataan.

Siasatan lanjut mendapati kedua-duanya tidak mempunyai sebarang pertalian keluarga, sama ada dekat atau jauh, sebaliknya baru berkenalan kira-kira empat bulan lalu menerusi sebuah aplikasi dalam talian.

Menurut JAINJ, remaja perempuan itu sering memuat naik video di aplikasi berkenaan dan mempunyai ramai pengikut, termasuk lelaki terbabit yang cuba berkenalan dengannya sebelum mereka merancang untuk bertemu.

Pasangan itu mengaku hanya menjalin hubungan cinta, bukan suami isteri dan tidak mempunyai hubungan mahrⱥm.

Ketika disoal mengenai kehadiran mereka di hotel, kedua-duanya memberi alasan singgah berehat kerana hujan ketika menunggang motosikal. Mereka turut mendakwa kediaman masing-masing terletak di sekitar Pontian dan sudah hendak pulang.

Pasangan itu kemudian ditahan kerana disyaki berkhⱥlwⱥt. Kes disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor dan akan didakwa di Mahkamah Syariah.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan