Pernah tidur tiga jam sehari ketika jadi wakil rakyat, Norhizam mahu selesaikan masalah penduduk Pengkalan Batu

May be an image of text 

MELAKA, 31 Oktober 2026: Hanya tidur kira-kira tiga jam sehari ketika bergelar wakil rakyat antara pengorbanan yang didakwa dilakukan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee demi memastikan masalah penduduk dapat diselesaikan.

Norhizam, 60, yang terkenal dengan gelaran YB 'juara tembak babi' berkata, komitmennya untuk turun padang dan membantu rakyat tidak pernah berubah meskipun sudah beberapa tahun meninggalkan kerusi berkenaan.

Beliau yang sekali lagi diberi kepercayaan bertanding di kerusi N15 Pengkalan Batu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November ini berkata, pengalaman sebagai wakil rakyat sebelum ini menjadi asas untuk terus memperjuangkan kepentingan penduduk.

Menurutnya, antara isu yang perlu diberi perhatian segera ialah masalah sistem perparitan yang didakwa menyebabkan banjir walaupun hujan dalam tempoh singkat.

Selain itu, beliau turut membangkitkan keadaan jalan raya yang menurutnya lebih banyak ditampal berbanding diturap semula menggunakan peruntukan penyelenggaraan.

Norhizam turut mahu isu pendidikan diberi perhatian, selain membantu peniaga kecil mendapatkan lesen dan lokasi perniagaan yang sesuai.

Beliau juga berhasrat memperjuangkan peluang lebih adil kepada kontraktor kecil khususnya kelas G1 dan G2 supaya tidak terus ketinggalan dalam mendapatkan projek berikutan pemberian konsesi kepada syarikat besar.

Norhizam berkata, beliau yakin pengalamannya serta hubungan dengan penduduk Pengkalan Batu dapat membantu dalam usaha kembali berkhidmat kepada masyarakat.

Beliau sebelum ini pernah memenangi kerusi DUN Pengkalan Batu atas tiket DAP dan dilantik sebagai Exco kerajaan negeri sebelum bertanding sebagai calon Bebas pada PRN lalu.

Kali ini, beliau bertanding menggunakan tiket Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas diumumkan sebagai salah seorang daripada lapan calon parti itu bagi PRN Melaka.

Norhizam turut menyifatkan gelaran YB 'tembak babi' yang diberikan kepadanya sebagai sebahagian daripada pengalamannya turun padang menyelesaikan masalah penduduk.

Kerusi DUN N15 Pengkalan Batu yang mempunyai seramai 25,948 pengundi menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Siti Aisyah Mahmood (BN-UMNO), Goh Han Koon (Bersama), Jason Tze-Xi Nathan (PH-DAP) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bersatu).

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan