Tidak berdøsa jika termakan ayam hⱥrⱥm tanpa sengaja - Mufti

May be an image of headscarf and text 

Shah Alam: Umat Islam yang pernah memakan ayam tidak disembelih mengikut hukum syarak tanpa mengetahui status sebenar penyembelihannya tidak perlu berasa bersalah kerana perbuatan itu tidak dikira berdøsa.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Mohd Sukki Othman berkata, Islam tidak menghukum seseorang atas perbuatan yang dilakukan tanpa pengetahuan, termasuk memakan makanan hⱥrⱥm tanpa unsur kesengajaan atau kecuaian.

Menurutnya, pengguna yang membeli ayam daripada kedai atau restoran yang pada zahirnya menjual makanan halal, kemudian memakannya tanpa mengetahui status sebenar penyembelihan, tidak menanggung døsa.

Beliau berkata, individu terbabit juga tidak diwajibkan membayar kafarah, menggantikan makanan yang sudah dimakan atau melakukan amalan khusus untuk menyucikan diri.

Malah, tidak timbul persoalan tubuh badan menjadi najis atau ibadah seseorang tidak diterima hanya kerana pernah termakan makanan tidak halal tanpa pengetahuan.

Sebelum ini, sebuah gudang penyembelihan dan pemprosesan ayam mentah di Puchong diserbu menerusi Ops Taring Chiller pada Jumaat lalu selepas dikesan memproses lebih 40,000 ekor ayam sehari tanpa mematuhi syarak.

Ayam berkenaan dipercayai diedarkan ke kedai runcit, restoran dan premis perniagaan sekitar Puchong, Putrajaya, Cyberjaya, Damansara, Cheras serta Bangi.

Bagaimanapun, Mohd Sukki menegaskan umat Islam wajib berhenti memakan ayam daripada sumber berkenaan sebaik menerima maklumat sahih bahawa bekalannya tidak halal.

Katanya, individu yang mengetahui ayam berkenaan sudah mati sebelum disembelih tetapi tetap sengaja memakannya tanpa keuzuran syarie melakukan perbuatan berdøsa dan wajib bertaubat.

Beliau turut mengingatkan pengguna supaya lebih berhati-hati memilih sumber bekalan ayam dan daging dengan mengutamakan premis serta pembekal yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah.

Pengguna juga disaran menyemak status halal melalui saluran rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau pihak berkuasa agama negeri, selain tidak mudah terpengaruh dengan harga terlalu murah sehingga mengabaikan kaedah penyembelihan.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan