Wanita warga emas cɇdɇrⱥ disⱥmʉn ketika berjalan ke masjid untuk solat Subuh

May be an image of slow loris and text 

DUNGUN, 2 November 2026: Seorang wanita berusia 62 tahun cɇdɇrⱥ selepas ditʉmbʉk dua kali oleh seorang lelaki yang merⱥgʉt gelang tangan emasnya ketika mⱥngsⱥ berjalan kaki ke masjid untuk menunaikan solat Subuh di Kampung Sura, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Nik Ab Halim Nik Mat berkata, kejadian berlaku di Simpang Tiga, Jalan Masjid Lama, Kampung Sura, pada 5.35 pagi.

Beliau berkata, warga emas berkenaan didatangi seorang lelaki tidak dikenali sebelum sʉspek menʉmbʉk pipi kiri mⱥngsⱥ sebanyak dua kali dan merⱥgʉt seutas gelang tangan emas yang dipakai pada tangan kanannya.

“Sʉspek kemudian melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal berwarna biru yang diletakkan berdekatan lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Akibat kejadian itu, mⱥngsⱥ mengalami kecɇdɇrⱥⱥn ringan pada bahagian pipi dan bibir.

Polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada 6.43 pagi semalam.

Polis sedang giat menjalankan siasatan bagi mengesan dan menangkap sʉspek, termasuk mengambil keterangan saksi serta menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, khususnya ketika berjalan bersendirian pada awal pagi, serta menyalurkan sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan kepada pihak polis.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan