Ringkasan Fakta Kes Kemalangan di Jalan Kemajuan, Kuala Terengganu:
Tarikh & Masa Kejadian: 05.01.2026 1.35 pm
Lokasi: Lampu Isyarat (JPJ), Jalan Kemajuan, K.Trg.
Kenderaan Terlibat:
Perodua Viva WXA 5959
Honda Jazz PLT 8077
Pemandu Perodua Viva (Mangsa Meninggal Dunia):
Syakirah Hanan binti Mazli
Pemandu Honda Jazz (Suspek):
Mohd Izudin bin Zakaria
- Cedera: patah tangan kanan, luka kecil di badan
- Masih dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah
- Tidak meninggal dunia seperti yang tular di media sosial
Status Kenderaan Honda Jazz:
- Milik adik suspek sendiri
- Bukan kenderaan curi
- Disahkan melalui semakan JPJ
Perbuatan Suspek Sebelum Kemalangan:
- Menceroboh masuk Honda City di Stadium Darul Iman
- Mencuri beberapa barangan termasuk wang tunai RM200
Rujukan laporan: Kuala Terengganu 0174/26
- Suspek kemudian memecut sebelum berlaku kemalangan
- Kejadian dirakam dan tular melalui dashcam
Latar Belakang Kesihatan Suspek:
- Pernah beberapa kali mendapatkan rawatan psikiatri di HSNZ
- Disahkan menghidap Major Depressive Disorder (MDD)
- Rekod rawatan sejak Januari 2025
Seruan Polis:
- Orang ramai diminta hentikan spekulasi & penyebaran maklumat tidak sahih
- Hormati perasaan dan privasi keluarga mangsa
- Beri ruang kepada polis untuk siasatan menyeluruh, telus dan profesional
Ringkasan dari kenyataan media dikeluarkan oleh Polis Daerah Kuala Terengganu
