Seorang lagi warga emas rugi RM420,410 angkara ‘scⱥmmer’


DUNGUN, 5 Januari 2026 - Tidak sampai 24 jam selepas satu kes penipuan melibatkan kerugian RM658,520 dilaporkan di Marang, seorang lagi warga emas menjadi mangsa phone scⱥm di daerah Dungun, membabitkan kerugian sebanyak RM420,410.48.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Binti Abdul Kadir dalam satu kenyataan media berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) IPD Dungun menerima laporan pada 5 Januari 2026 daripada seorang lelaki berusia 70 tahun yang merupakan seorang pesara Telekom Malaysia.

Menurut beliau, kejadian bermula pada 26 November 2025, kira-kira jam 2.28 petang, apabila mangsa menerima panggilan daripada individu yang mengaku sebagai pegawai TNB Bangsar, mendakwa nama mangsa didaftarkan bagi pemasangan meter TNB di Pahang.

Mangsa menafikan perkara tersebut sebelum panggilan disambungkan kepada individu lain yang menyamar sebagai anggota polis dari IPD Pahang, seterusnya ke Bukit Aman, dan dimaklumkan bahawa nama mangsa mempunyai rekod terlibat dalam pengubahan wang hⱥram.

Mangsa kemudiannya diarahkan memindahkan semua wang kononnya bagi tujuan pengesahan. 

Mangsa kemudiannya membuat 11 transaksi kemasukan wang ke dalam tujuh akaun bank berbeza, selain menyerahkan kad bank dan nombor PIN kepada dua individu yang menyamar sebagai pegawai polis di lokasi berhampiran rumah mangsa.

Mangsa hanya menyedari diperdaya apabila wang tersebut tidak dipulangkan seperti dijanjikan, menyebabkan kerugian wang keseluruhan berjumlah RM420,410.48.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan panggilan daripada individu tidak dikenali serta melakukan semakan terperinci sebelum sebarang transaksi melalui sumber rasmi seperti Portal Semak Mule CCID, Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC).

TV: Tolong pesan-pesan mok ayoh kat kampung etek, sian sayang ke pitih penat kumpul nok gi haji nok gi umroh..😢

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan