Pemandu Honda Jazz ditahan reman selama empat hari


KUALA TERENGGANU, 9 JAN 2026 - Pemandu Honda Jazz yang terbabit dalam kemalangan meragut nyawa pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di persimpangan Jalan Kemajuan pada 5 Januari lalu direman empat hari hingga Isnin depan bagi membantu siasatan.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah, Yuhanis Mohd Roslan di Mahkamah Majistret di sini mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Suspek lelaki berusia 32 tahun, yang baru dibenarkan keluar dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), dibawa ke mahkamah dalam pakaian lokap dengan tangan kanan berbalut selepas mengalami patah tangan dalam kemalangan itu.

Media sebelum ini melaporkan Honda Jazz dipandu lelaki tersebut merempuh sebuah Perodua Viva dan menyebabkan kemⱥtiⱥn Syakirah Hanan Mazli pada kira-kira 1.35 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Azli Mohd Noor, berkata siasatan awal mendapati suspek dipercayai memecut laju selepas mencurɨ dompet dari sebuah Honda City yang diletakkan berhampiran Wisma Darul Iman.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan