KOTA BHARU: Seorang wanita kehilangan ibu angkatnya serta 70 kucing dan lima anjing dalam satu kebakaran rumah di Jalan Tok Guru pada Ahad lalu (25 Januari).
Pemilik rumah, Norhaeda Azahari, 51, berkata ketika kejadian dia berada di Pengkalan Chepa sebelum dimaklumkan mengenai kebakaran sekitar 6 petang.
Setibanya di lokasi, dia dimaklumkan bahawa ibu angkatnya, Fatimah Mat Said, 89, tidak sempat menyelamatkan diri dan mɇnɨnggⱥl dunɨⱥ dalam kejadian itu.
Menurutnya, 70 kucing dalam sangkar serta lima anjing liar yang sering diberi makan turut mⱥtɨ dalam kebakaran berkenaan. Katanya, ibu angkatnya sudah uzur dan penglihatannya terhad walaupun masih boleh berjalan.
Jasad mⱥngsa berjaya dikeluarkan sekitar 8.39 malam selepas operasi memadam kebakaran.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Satyuti Satar, berkata pihaknya menerima panggilan pada 5.58 petang dan mendapati rumah berkenaan musnah 98 peratus. Seramai 27 anggota terlibat dalam operasi.
Norhaeda sebelum ini pernah mendapat perhatian media pada 2023 kerana memelihara puluhan haiwan terbiar.
