Lelaki mⱥut dalam kebakaran rumah


KUALA NERUS, 28 JAN: Seorang lelaki yang disangka sempat menyelamatkan diri akhirnya ditemukan mⱥut dalam kebakaran rumah di Kampung Tanjung Gelam, Mengabang Telipot, malam tadi.


Rakan mⱥngsa, Mohd Faizal Md Syafie, 34, berkata pada awalnya dia dimaklumkan lelaki itu berada di luar rumah sebelum membantu orang ramai memadamkan api.


Namun, nalurinya berubah selepas melihat rangka motosikal rakannya masih berada di kawasan rumah.


Sangkaannya tepat apabila mⱥngsa, Mohd Syafie Awang, 49, ditemukan di ruang tamu berhampiran pintu utama oleh bomba selepas kebakaran dipadamkan pada 8.02 malam.


Menurut Mohd Faizal, sebelum kejadian, mⱥngsa sempat berbual dengan rakan tidak jauh dari rumah sebelum bergegas pulang apabila menyedari kebakaran bermula di biliknya.


Rakan-rakan melihat lelaki itu masuk semula melalui pintu belakang dan dipercayai cuba mengambil kunci motosikal atau menyelamatkan barangan sebelum terperangkap dalam asap tebal.


Mⱥngsa, adik bongsu daripada empat beradik, tinggal bersendirian di rumah pusaka arwah bapanya manakala tiga lagi adik-beradik menetap di Seberang Takir dan Kampung Padang Nenas.


Mohd Faizal berkata hubungan mereka rapat sejak kecil dan beliau sering membantu menghantar makanan kepada mⱥngsa.


Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi JBPM Terengganu, Muhammad Basri Kamarazaman, berkata jasad mⱥngsa diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Zainal Abidin untuk tindakan lanjut.


TV: Salam takziah

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan