Pelajar 15 tahun mⱥut kemalangan motosikal di Pengadang Baru


KUALA TERENGGANU, 11 JAN 2026 - Seorang pelajar tingkatan tiga mⱥut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta di Kampung Pengadang Baru, di sini, pagi tadi.


Dalam kejadian kira-kira 6.40 pagi, mⱥngsa, Noor Hazimi Noor Hashim, 15, dari Kampung Makam, Kepong, disahkan mⱥut di lokasi kejadian selepas mengisi minyak di stesen minyak berhampiran.


Mⱥngsa difahamkan dalam perjalanan pulang untuk mengambil adiknya, pelajar tingkatan dua di sekolah yang sama.


Berdasarkan beberapa rakaman CCTV, kemalangan berlaku apabila mⱥngsa dirempuh sebuah Perodua Axia yang mengelak dari sebuah lagi kenderaan yang keluar secara tiba-tiba di persimpangan jalan.


Mⱥngsa tercampak ke atas kereta dan motosikal Honda EX5 ditungganginya terbakar.


Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Jasad mⱥngsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat.


Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Zainal Abas, dan Pengarah Pendidikan negeri, Kamsah@Kamal Mohamed, turut berkesempatan menziarahi dan menyantuni keluarga mⱥngsa.


TV: innalillahiwainnailaihirojiun, salam takziah

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan