KEMAMAN, 24 JAN: Seorang penunggang motosikal mⱥut selepas merempuh seekor tapir di Kilometer 320.5 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), berhampiran susur keluar Kerteh, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 1 pagi, mⱥngsa, Iffil Nazwa Azman, 24, disahkan mⱥut di lokasi kejadian selepas gagal mengelak seekor tapir seberat kira-kira 200 kilogram yang tiba-tiba melintas dari hutan berhampiran.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Mohd Razi Rosli, berkata mⱥngsa tercampak ke atas lebuh raya sebelum dipercayai digilis kenderaan lain yang belum dikenal pasti, menyebabkan kecederaan parah di kepala dan badan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala bⱥngkⱥɨ tapir diserahkan kepada PERHILITAN untuk tindakan lanjut.
TV: Salam takziah
Tags
DALAM NEGERI
