DUNGUN, 24 JAN: Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditemui lemⱥs ketika mandi bersama rakan-rakannya di Air Terjun Tasik Puteri, dekat sini, pagi tadi.
Mⱥngsa, Amirul Danish Zamri, 19, pelajar tahun satu Kejuruteraan Mekanikal dari Kampung Seberang Pintasan, ditemui kira-kira 12.45 tengah hari oleh pasukan bomba dan penyelamat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Al Muktafi Billah Shah, Mohd Izzuddin Mahmood, berkata kejadian dilaporkan sekitar 11.18 pagi selepas mⱥngsa dipercayai lemⱥs secara tiba-tiba ketika mandi.
Seramai 10 anggota bomba dengan bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Kuala Berang digerakkan ke lokasi, dan mⱥngsa ditemui di dasar air terjun pada kedalaman kira-kira tujuh meter.
Jasad mⱥngsa diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.
TV: Salam takziah
Tags
DALAM NEGERI
