Perintah reman peguam disyaki subahat seludup dadah dilanjutkan


KUALA BERANG, 4 JAN 2026 - Perintah reman terhadap peguam lelaki yang disyaki bersubahat dengan seorang banduan dalam kes penyeludupan dⱥdⱥh di Penjara Marang disambung empat hari lagi bermula hari ini hingga Rabu depan.

Perintah sambung reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nur Athirah Hashim di Mahkamah Majistret Kuala Berang bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta dⱥdⱥh Berbahaya 1952.

Suspek berusia 32 tahun tiba di mahkamah kira-kira 9.45 pagi diiringi polis. Suspek ditahan di Jalan Hiliran, Pulau Kambing, Kuala Terengganu pada 29 Disember lalu, jam 10.45 pagi.

Suspek yang juga peguam kepada banduan terbabit disyaki bersubahat menyeludup yⱥbⱥ, gⱥnjⱥ dan erɨmɨn 5 bernilai kira-kira RM16,000 ke Penjara Marang selepas selesai satu perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 23 Disember lalu.

Polis turut sedang mengesan seorang suri rumah, Nurul Norasikin Aladin, 30, dari Kampung Batin, Seberang Takir, Kuala Nerus bagi membantu siasatan.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan