Pelajar UniSZA mⱥut, kenderaan dirempuh di lampu isyarat


KUALA TERENGGANU, 5 Jan 2026 - Seorang pelajar dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Syakirah Hanan Mazli, 25, mⱥut selepas kereta dipandunya dirempuh sebuah kereta yang menuruni bukit berhampiran simpang empat Jalan Kemajuan, di sini, kira-kira 1.38 tengah hari.

Mangsa yang berasal dari Taman Perdana Ayer Hitam, Johor, dikatakan dalam perjalanan ke Jalan Bukit Kecil sebelum membelok ke kanan selepas lampu isyarat bertukar hijau. Ketika itu, keretanya dirempuh kenderaan dipandu seorang lelaki yang datang dari arah bandar Kuala Terengganu.

Komander Operasi JBPM Kuala Terengganu, Mohd Salleh Abdullah berkata; pihak bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit, selepas memastikan keadaan selamat berikutan tiang elektrik tumbang dan berlaku tumpahan petrol.

Pemandu lelaki terbabit telah dikeluarkan orang awam dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), manakala mangsa disahkan mⱥut dan diserahkan kepada PDRM untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, kemalangan berpunca daripada pemandu yang dipercayai memecut dan melanggar lampu isyarat merah sebelum merempuh mangsa yang sedang membelok ke kanan.

TV: Salam takziah

Ralat dikemaskini

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan