BESUT, 4 Jan 2026 - Suasana kecoh di pintu masuk Majlis Daerah Besut (MDB) menerusi satu video tular di media sosial baru-baru ini dikatakan berlaku apabila kira-kira 100 peniaga berkumpul untuk membeli borang tapak Bazar Ramadan.
Insiden kekecohan yang berlaku pada Isnin lalu mula tercetus dipercayai berpunca daripada salah faham dan provokasi.
EXCO Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dato’ Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kekecohan berlaku apabila sebahagian peniaga enggan mematuhi arahan supaya beratur walaupun pihak penganjur telah menyediakan laluan khas serta pengawasan penguatkuasa.
Sebanyak 172 tapak bazar ditawarkan melibatkan Bazar Ramadan Kampung Raja, Jalan Aman Kampung Raja dan Bukit Kenak, dengan setiap peniaga hanya dibenarkan membeli dua borang.
Beliau berkata, penganjur akan memperbaiki sistem penjualan borang pada masa hadapan dalam masa yang sama turut memberi amaran peniaga yang mencetuskan provokasi boleh disenarai hitam.
Menurutnya, penjualan borang berlangsung selama dua hari pada Isnin dan Selasa walaubagaimanapun insiden kekecohan itu hanya berlaku pada hari yang pertama.
Insiden tercetus dipercayai melibatkan peniaga baharu yang gagal mendapatkan borang dan kemudiannya mencetuskan provokasi namun situasi berjaya dikawal dengan baik.
TV: Mohon Majlis reject Karipap Oksigen awal-awal.
