DUNGUN, 3 JANUARI 2026 - Seorang lelaki bersama rakan wanitanya ditahan polis kerana disyaki mengedar dⱥdⱥh jenis pil Yⱥbⱥ dalam satu operasi di Ketengah Jaya, di sini, awal pagi semalam.
Kedua-dua suspek berusia 33 dan 39 tahun itu diberkas di tepi jalan di Jalan Felda Kerteh, Ketengah Jaya kira-kira jam 1 pagi.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir dalam kenyataan kepada media berkata, sepasukan anggota yang menjalankan rondaan telah mengesan dua individu tersebut dalam keadaan mencurigakan sebelum melakukan pemeriksaan.
Hasil pemeriksaan menemui 178.69 gram pil yang disyaki pil Yⱥbⱥ dengan anggaran nilai RM13,401.
Ujian saringan air kencing mendapati suspek lelaki positif dⱥdⱥh jenis methⱥmphetⱥmine, manakala suspek wanita didapati negatif.
Tags
DALAM NEGERI
