KUALA TERENGGANU, 2 FEB 2026: Seramai 33 penyokong Selangor FC direman hari ini bagi membantu siasatan berhubung kekecohan di Jambatan Angkat Kuala Terengganu semalam.
Perintah reman dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu susulan kejadian kira-kira 6.30 petang, sebelum perlawanan Liga Super antara Terengganu FC dan Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor, berkata mereka yang direman adalah antara kira-kira 400 penyokong yang ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu malam tadi untuk pemeriksaan saringan air kencing.
Beliau berkata Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairuddin, dijadual mengadakan sidang media berhubung perkembangan kes pada 2.30 petang ini.
Terdahulu, tular rakaman video di media sosial memaparkan sekumpulan penyokong Selangor FC berarak membawa bendera pasukan dari arah bandar raya menuju ke jambatan berkenaan sebelum menyalakan suar (flare) di tengah laluan tersebut.
TV: Patut dok napok pun semalam
