Bakar ‘flare’ atas jambatan, tiada kelibat Ultras Selangor di Stadium


KUALA TERENGGANU, 2 FEB 2026: Ketiadaan kumpulan penyokong Ultras Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak ketika perlawanan antara Terengganu FC dan Selangor FC semalam dipercayai berpunca daripada tindakan pihak berkuasa menahan beberapa individu kumpulan berkenaan.


Difahamkan, penyokong terbabit kini berada dalam tahanan pihak berkuasa di Kuala Terengganu.


Penahanan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan insiden di kawasan Jambatan Angkat Kuala Terengganu petang semalam, apabila sebahagian daripada kumpulan berkenaan dilaporkan membakar suar (flare) serta menghalang lalu lintas sehingga menyebabkan kesesakan di atas jambatan tersebut.


Setakat ini, pihak berkuasa belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung jumlah tangkapan atau kesalahan yang disiasat.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan