DUNGUN, 2 FEB 2026: Seekor tapir jantan seberat 300 kilogram mⱥti selepas dirempuh sebuah kereta di Kilometer 8, Jalan Bandar Al-Mukhtafi Billah Shah–Paka berhampiran Kampung Santong, malam Sabtu.
Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong, berkata kejadian berlaku kira-kira 10 malam ketika tapir itu melintas jalan menuju hutan berhampiran.
Pemeriksaan mendapati terdapat kecederaan pada bahagian kepala dan badan haiwan berkenaan.
Menurutnya, Perhilitan telah mengambil bⱥngkⱥi tapir itu untuk dilupuskan. Difahamkan, haiwan tersebut dilanggar sebuah kereta jenis Volkswagen dipandu seorang guru berusia 49 tahun.
Pada 24 Januari lalu, seekor tapir seberat 200 kilogram turut mⱥti dirempuh motosikal di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran susur keluar Kerteh, Kemaman, yang turut menyebabkan penunggang berusia 19 tahun mⱥut di lokasi kejadian.
Tags
DALAM NEGERI
