Pengunjung bengang penyu hidup jadi bahan pameran


KUALA TERENGGANU, 2 MAC 2026: Tindakan meletakkan seekor penyu hidup di dalam kolam kecil sebagai tarikan di sebuah tapak pameran pada program Pelita Raya Terengganu mencetuskan kemarahan seorang pengunjung yang meluahkan rasa tidak puas hatinya menerusi laman Threads.


Menerusi hantaran tular itu, individu dengan nama pengguna xulhanx mempersoalkan keadaan penyu yang dilihat terkial-kial berenang berulang kali ke posisi sama dalam kolam cetek tersebut.


Beliau turut memaklumkan telah mendapatkan pandangan pakar dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang menyatakan saiz kolam dan kedalaman air tidak sesuai bagi penyu juvenil.


Hantaran tersebut turut mendapat reaksi orang ramai yang menggesa pihak penganjur mengambil tindakan segera bagi mengalihkan penyu tersebut ke tempat sepatutnya.


Menurut perkembangan terkini, pegawai dari Pejabat Perikanan Negeri Terengganu (DOF) memaklumkan penyu terbabit telah dibawa pulang ke Pusat Konservasi Penyu.


Sementara itu, Exco Pelancongan Terengganu, Razali Idris, mengucapkan terima kasih atas keprihatinan orang awam terhadap isu tersebut.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan