146 individu ditahan termasuk empat wanita dalam operasi AADK Terengganu


KEMAMAN, 22 April 2026: Seramai 146 individu termasuk empat wanita ditahan selepas didapati positif dada̸h dalam Operasi Perdana Agensi Antida̸dah Kebangsaan (AADK) Terengganu yang dijalankan sejak Sabtu lalu hingga hari ini.


Pengarah AADK Terengganu, Arzmi Abdullah berkata, kesemua suspek berusia antara 18 hingga 61 tahun ditahan menerusi operasi di sekitar Kemaman, Setiu dan Marang.


Menurut beliau, seramai 132 individu dikesan positif metha̸mpheta̸mine, manakala masing-masing tujuh lagi positif hɇroin dan ketum.


Katanya, antara yang ditahan termasuk penjawat awam, buruh, pekerja restoran celup tepung serta ibu tunggal.


“Operasi ini bertujuan membanteras penyalahgunaan dada̸h dan membersihkan kawasan yang dikenal pasti sebagai lokasi pena̸gihan,” katanya pada sidang media selepas operasi di Seri Bandi, hari ini.


Operasi berkenaan melibatkan enam pegawai serta 69 anggota AADK, manakala semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Pena̸gih dan Penyalah Guna Da̸dah dan Bahan 1983.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan