Azizulhasni rangkul emas keirin, tewaskan Lavreysen


NILAI: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, melakar kejayaan manis apabila muncul juara acara keirin pada saingan Piala Dunia Trek UCI 2026 di Velodrom Nasional di sini.


Di hadapan ribuan penyokong, Azizulhasni mempamerkan kayuhan taktikal sebelum melakukan pecutan di penghujung perlumbaan untuk memintas pelumba lain dan menamatkan saingan di tempat pertama.


Pelumba berusia 38 tahun itu menewaskan juara dunia dari Belanda, Harrie Lavreysen, di tempat kedua, manakala Nicolas Paul dari Trinidad & Tobago di tempat ketiga.


Kemenangan itu merupakan gelaran kedua beliau dalam siri Piala Dunia musim ini selepas turut menjuarai saingan pembukaan di Perth, Australia pada Mac lalu.


Lebih bermakna, kejayaan di laman sendiri itu berkemungkinan menjadi penampilan terakhirnya dalam kejohanan antarabangsa di Malaysia.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan