Dalam tempoh seminggu ini sahaja, beberapa media tempatan melaporkan sejumlah kes pendakwaan melibatkan penyimpanan kandungan yang tidak bermoral.
Di dalam kes-kes yang dilaporkan, terdapat kes yang melibatkan jumlah besar, ada yang melibatkan penjualan bahan, malah ada yang berkait dengan kana̷k-kana̷k serta remaja bawah umur.
Laporan terhadap kes-kes ini berlaku hampir serentak di pelbagai negeri, dan mungkin kelihatan seperti satu kebetulan.
Namun hakikatnya, ia juga sewajarnya dilihat sebagai satu amaran jelas.
Tidak kurang ramai yang masih beranggapan bahawa penyimpanan bahan-bahan sebegini adalah merupakan ‘hak peribadi’, selagi ianya tidak dikongsi atau disebarkan.
Namun realitinya di sisi undang-undang, menyimpan sahaja sudah cukup untuk dikenakan tindakan tegas oleh pihak berkuasa;
lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan kandungan sensitif, ekpoloitasi, pe̷nderⱥan se̷ksuⱥl, individu dilindungi seperti kana̷k-kana̷k dan remaja bawah umur atau individu yang dirakam serta disebarkan tanpa persetujuan.
Dalam kes-kes melibatkan individu bawah umur atau tanpa persetujuan, isu ini bukan lagi melibatkan soal moral atau privasi semata-mata, tetapi melibatkan eksploitasi dan jenayah serius.
Operasi yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia melalui Op Cyber Guardian menunjukkan bahawa penguatkuasaan terhadap jenayah digital semakin aktif dan tersusun. Apa yang berlaku dalam minggu yang singkat ini mungkin hanyalah sebahagian daripada hasil pemantauan yang lebih luas.
Justeru, individu yang masih menyimpan kandungan-kandungan sedemikian dengan alasan untuk kegunaan sendiri ataupun koleksi peribadi, corak laporan minggu ini merupakan amaran keras dan masa terbaik untuk berhenti menyimpan kandungan sedemikian.
Kerana dalam dunia digital hari ini, apa yang disimpan tidak semestinya kekal tersembunyi. Dan apabila ia ditemui, alasan ‘untuk diri sendiri’ tidak lagi membawa sebarang makna.
TV: Berhenti sekarang, padam semuanya sebelum masa depan yang terpadam!
