Sultan Mizan berkenan menerima menghadap Anwar


KUALA TERENGGANU: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Menerusi hantaran di laman media sosial, Anwar memaklumkan beliau turut mempersembahkan perkembangan semasa berkaitan isu nasional serta perkembangan di Terengganu.


“Dalam sesi ini, saya berkesempatan menyembah maklum terkait perkembangan mutakhir negara serta negeri Terengganu Darul Iman.


“Mendoakan ke hadrat Allah SWT semoga Duli Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan,” kata beliau dalam hantaran berkenaan.


Anwar akan berada di Terengganu bagi lawatan kerja, dengan beberapa program telah dijadualkan esok.


Beberapa keping gambar pertemuan itu turut dikongsikan menerusi hantaran yang sama.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan