KUALA TERENGGANU, 23 April: Seorang kelindan lori berdepan hukuman penjara sehingga 30 tahun selepas mengaku bersalah menyebabkan kemⱥtian seorang kanak-kanⱥk lelaki pada 11 April lalu.
Tertuduh, Muhammad Firdaus Zamri, 31, membuat pengakuan itu selepas dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.
Dia didakwa menyebabkan kemⱥtian Muhammad Adamdanial Abdul Khafidh, 4, di Kampung Banggol Katong di sini.
Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederⱥan terhadap mⱥngsa menggunakan sebatang rotan di lokasi dan masa sama.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan.
Mahkamah tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 29 April ini sebagai tarikh hukuman.
