Kerajaan mengambil keputusan mengurangkan kuota BUDI95 selepas menilai kesan jangka panjang terhadap rakyat dan ekonomi negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, walaupun langkah itu mengundang keluhan, mengembalikan kuota asal hanya memberi kelegaan sementara sebelum beban lebih besar terpaksa ditanggung rakyat di masa depan.
Menurut beliau, setiap dasar yang dibuat mengambil kira cabaran semasa dan masa hadapan, bukan sekadar untuk memuaskan hati semua pihak dalam jangka pendek.
Dalam masa sama, kerajaan mengakui kenaikan harga diesel turut memberi tekanan kepada sektor pengangkutan dan pelancongan, namun usaha bantuan sedang dilaksanakan secara berperingkat bagi mengurangkan kesan tersebut.
