MARANG: Seorang tokoh wartawan Terengganu, Mohd Lazim Endut, 62, ditemui meninggⱥl dunɨa selepas tidak sedarkan diri di kediamannya di Kampung Gong Beris di sini pada Jumaat.
Isterinya, Azimah Ismail, 56, menemui Allahyarham di bahagian belakang rumah kira-kira 1 tengah hari ketika hendak menunaikan solat Zohor.
Difahamkan, Allahyarham sebelum itu sedang melakukan kerja di kawasan berkenaan dan mempunyai sejarah penyakit darah tinggi.
Mohd Lazim merupakan antara perintis penerbitan Sinar Harian pada tahun 2006 dan pernah menerajui operasi akhbar itu di Terengganu sebelum 2010.
Beliau kemudian berkhidmat sebagai pemberita sambilan Kosmo! dan Utusan Malaysia dari 2010 hingga 2019, selain pernah menjadi wartawan Utusan Malaysia.
Allahyarham juga aktif dalam Persatuan Sasterawan Terengganu (Pelita) serta pernah menghasilkan skrip filem Debu-Debu Kasih (1995) lakonan Sham Visa dan Aida Aris.
Selain itu, beliau turut menulis lirik lagu termasuk ‘Nafas Orang Kota’ nyanyian kumpulan Ukays, sekali gus dikenali sebagai penulis berbakat dalam bidang kewartawanan dan seni kreatif.
TV: Salam takziah
