Mula-mula duduk sebelah, tiba-tiba atas riba driver…


KULAI: Seorang penumpang bas ekspres tampil baru-baru ini berkongsi pengalaman berdepan situasi jelik dan berbahaya ketika dalam perjalanan pulang ke Johor.


Penumpang yang dikenali sebagai Siva, 40, berkata, pada awalnya dia melihat seorang wanita duduk di lantai berhampiran tempat pemandu, namun tidak mengesyaki apa-apa.


Bagaimanapun, beberapa minit kemudian, dia terkejut apabila wanita berkenaan dilihat berada di atas riba pemandu bas yang sedang memandu.


“Saya fikir perbuatan itu boleh mengundang masalah serta mengancam keselamatan penumpang.


"Apa nasib penumpang sekiranya perkara tidak diduga berlaku akibat perbuatan mereka…” katanya.


Menurutnya, dia sempat menegur pasangan terbabit sebelum membuat aduan kepada pihak berkuasa secara dalam talian, selain mendapatkan pandangan orang ramai mengenai kejadian itu.


Siva berkata, dia tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular, namun berharap insiden tersebut menjadi peringatan kepada pemandu kenderaan awam agar lebih berdisiplin dan mengutamakan keselamatan penumpang.


Sementara itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan pihaknya telah mengenal pasti pemandu serta syarikat bas terlibat, dan mengarahkan individu berkenaan hadir ke pejabat JPJ berhampiran bagi membantu siasatan.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan