RM60 juta untuk basmi kemiskinan Terengganu tahun ini


KUALA TERENGGANU, 13 April 2026: Kerajaan MADANI meluluskan peruntukan khas sebanyak RM60 juta bagi melaksanakan program pembasmian kemiskinan di Terengganu untuk tahun ini.


Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, inisiatif itu memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan pendapatan rakyat serta membaik pulih kediaman, khususnya melibatkan golongan berpendapatan rendah.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra MADANI bersama pelajar tahfiz negeri di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu, di sini, hari ini.


Menurutnya, pelaksanaan program berkenaan akan diselaraskan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) bagi memastikan bantuan dapat disampaikan secara berkesan kepada golongan sasar.


Usaha itu dijangka memberi kelegaan kepada golongan memerlukan, khususnya dalam menghadapi tekanan kos sara hidup yang semakin mencabar ketika ini.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan